Hafizz Mahu Kekalkan Melodi Balada

Hafiz Suip mahu kekalkan identiti muzik balada. - Foto ihsan SHAREZA SHAFIEE


KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip (AF7) berkata selepas hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, sudah tiba masa untuk dia mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan kekuatan vokal dan stail nyanyian agar ia menjadi identitinya.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip berkata dia perlu mencari lagu-lagu yang sinonim dengan kelebihan vokalnya untuk terus bertahan dan memantapkan lagi namanya di persada muzik.

“Saya perlu terus mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan vokal dan stail nyanyian saya. Lagu-lagu seperti Noktah Cinta dan Awan Nano terbukti cukup sinonim dengan saya.

“Sebagai orang baru, saya perlu mencari identiti itu bagi mengukuhkan diri saya di dalam industri muzik,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Hafiz berkata penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Datuk M. Nasir, Amy Search dan Jamal Abdillah masih bertahan dan kekal relevan sehingga kini kerana identiti muzik mereka yang sangat utuh di mata peminat.

Sumber -->>